Imam Al-Ghazali dalam Kitab Bidayatul Hidayah membahas beragam persoalan adab baik adab kepada Allah, sesama, bangun tidur hingga adab kepada orang tua.
Berikut ini 12 adab anak kepada orang tua yakni ibu dan bapak menurut Imam Al-Ghazali:
1. Hendaklah ia mendengar dan mengikut segala perkataan ibu bapak.
2. Hendaklah ia berdiri ketika ibu bapaknya berdiri kerana menghormatinya.
3. Hendaklah ia menjunjung segala perintah keduanya.
4. Jangan ia berjalan di hadapan keduanya.
5. Janganlah ia mengangkat suara lebih tinggi daripada suara keduanya.
6. Hendaklah ia memperkenankan panggilan keduanya.
7. Hendaklah ia sentiasa menuntut rida keduanya.
8. Hendaklah ia bersikap tawaduk kepada keduanya.
9. Jangan ia menyebut-nyebut jasanya kepada keduanya dan jangan pula ia menyebut sebarang perkhidmatannya bagi keduanya
10. Janganlah ia melihat kepada keduanya dengan pandangan penghinaan.
11. Janganlah ia memasamkan mukanya di hadapan ke duanya.
12. Janganlah ia musafir kecuali setelah mendapat izin daripada keduanya.
Demikianlah adab kepada orang tua, jadilah anak yang berbakti kepada orang tua. Bukan menjadi anak yang durhaka, sebagaimana kisah Kan’an dengan ayahnya Nabi Nuh.[]